Mengenai

Projek “Kursus Sarjana baru dalam Dinamik Bendalir secara Pengkomputeran Gunaan” (APPLY) diluluskan dalam Rangka Kerja Eropah Erasmus+ ??2 Kapasiti dalam bidang program Pendidikan Tinggi.

APPLY adalah ijazah sarjana yang menggabungkan keseluruhan gambaran tuntutan yang tinggi di dalam kaedah pengkomputeraan dan mekanik bendalir dengan masalah kejuruteraan di kehidupan sebenar. Ia melengkapkan graduan dengan pengetahuan yang diperlukan untuk mendapatkan pandangan mengenai konsep asas Dinamik Bendalir secara Pengkomputeran (CFD) dan membolehkan mereka memilih arah pengajian mereka ke arah bidang kejuruteraan pilihan mereka. Reka bentuk struktur kursus yang berkembang ini membolehkan pembangunan kurikulum yang fleksibel dan cekap, disesuaikan dengan keperluan pihak berkepentingan dalam tiga ekonomi Asia yang paling pesat berkembang iaitu India, Thailand dan Malaysia.

CFD adalah salah satu peralatan kejuruteraan yang paling berguna, dimana ia digunakan untuk pelbagai bidang penyelidikan dan kemasalahan kejuruteraan dalam pelbagai bidang pengajian dan industri. Industri CFD telah mengekalkan kadar pertumbuhan seluruh dunia sebanyak 9.58% dan ia diunjurkan mencapai saiz pasaran sebanyak $1870 mil. menjelang tahun 2022. Khususnya, menurut ramalan penganalisis Technavio (https://www.technavio.com), pasaran CFD di rantau Asia Pasifik (APAC) dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 10.28% dalam tempoh 2018-2022, terutamanya di India dan Asia Tenggara. Dua faktor utama yang menggalakkan pertumbuhan pasaran CFD di rantau ini adalah (i) pembangunan industri automotif dan aeroangkasa dan (ii) cabaran semasa yang dihadapi dalam bidang kejuruteraan akibat daripada pemanasan global, pertumbuhan penduduk dan projek seni bina yang tinggi.