Objektif

Program MSc dalam Dinamik Bendalir secara Pengkomputeran Gunaan (APPLY) melatih jurutera yang berminat di dalam bidang simulasi, pakar R&D dan pengurus industri masa depan dalam bidang Dinamik Bendalir secara Pengkomputeran Gunaan.

Peserta dapat membangunkan, mengaplikasikan dan berkongsi pengetahuan di antara pelbagai bidang Kejuruteraan, Matematik, Fizik dan Pengprograman secara Pengkomputeran Berprestasi Tinggi.

Untuk berbuat demikian, mereka dididik di dalam kursus yang sangat berkaitan dengan pemasalahan sebenar dari pelbagai sektor industri termasuk aeroangkasa, automobil, tenaga dan alam sekitar.  Program MSc ini juga:

  • menganjurkan penempatan industri dalam perniagaan yang berkaitan, agensi kerajaan dan sebagainya.
  • menawarkan pembelajaran digital, untuk membolehkan bentuk pembelajaran yang moden dan lengkap, serta membolehkan sumbangan daripada pakar-pakar di seluruh dunia dalam pembangunan program.
  • menggalakkan kerjasama, pertukaran maklumat dan amalan yang baik dalam bidang subjek di antara pihak EU dan Institusi Pengajian Tinggi Asia.
  • mewujudkan sinergi dan hubungan yang berdaya maju dengan industri serantau untuk menangani keperluan mereka dalam pengkhususan kakitangan dan meningkatkan kebolehpasaran graduan APPLY.
  • menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tempatan, dengan menyediakan program tentang pengetahuan/kemahiran/alat yang betul kepada peserta untuk menjadikan sektor kejuruteraan tempatan menjadi pemacu pertumbuhan sosial dan ekonomi.